Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial]Pemasangan Server Apache

Pemasangan Server Apache

  • Klik fail apache_2.2.11-win32-x86-openssl-0.9.8i.msi yang telah dimuat turun untuk memulakan proses pemasangan dan klik Next pada paparan utama.


  • Baca persetujuan dan syarat perlesenan dan tandakan I accept the terms in the license agreement kemudian, klik Next.


  • Pada paparan Server Information, sila masukkan maklumat mengenai server anda. Kemudian, klik Next.


  • Pilih Typical untuk Setup Type dan kemudian klik Next sehingga paparan Ready to Install the Program. Klik Install. Setelah selesai, klik Finish.




  • Buka fail httpd.conf (C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\conf\httpd.conf)dengan menggunakan mana-mana text editor (notepad, etc.). Tambah baris berikut pada fail tersebut dan simpan perubahan yang dilakukan:



    Code:
    AddType application/x-httpd-php .php LoadModule php5_module "c:\php\php5apache2_2.dll" SetEnv PHPRC C:\windows


    Nota: Baris ini merupakan arahan untuk membolehkan server Apache menjalankan fail-fail PHP. Pastikan anda menggantikan c:\php kepada nama folder yang mengandungi fail-fail PHP yang diekstrak sebelum ini. Anda perlu restart server Apache anda untuk membolehkan tetapan baru ini dijalankan.













Menguji pemasangan PHP dan Apache
  • Cipta satu fail PHP yang mengandungi skrip berikut kemudian simpankan sebagai test.php ke dalam folder htdocs(C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\htdocs):



    Code:
    phpinfo(); ?>












  • Buka pelayar web anda dan pergi ke http://localhost/test.php








  • Jika semuanya berjaya dipasang dengan sempurna, anda akan mendapat paparan seperti berikut: