Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Anim8or: Dari 3D Kepada Efek 2D Toon

1. Pengenalan

Dalam tutorial ini, saya akan menunjukkan kaedah memberikan efek ‘toon’ atau lebih mudah disebut sebagai bentuk kartun. Bentuk biasa yang dirender dalam Anim8or adalah dalam imej 3D, namun ada masanya kita ingin gunakan model 3D yang telah dihasilkan untuk membentuk watak kartun. Sebagai contoh model 3D Doraemon berikut telah diberikan efek ‘toon’ seolah-olah ianya dilukis. Perhatikan perbezaan antara model di sebelah kiri dan sebelah kanan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghasilkan efek ‘toon’ yang sama. Kita akan gunakan model yang paling ringkas bagi memudahkan proses kefahaman teknik ini.

2. Membentuk Objek 3D Ringkas

Hasilkan sebuah objek ringkas misalnya bentuk sphere atau cube. Misalnya pada ilustrasi di bawah, sebuah sphere telah dibentuk. Pastikan anda meletakkan kedudukan sphere berkenaan ditengah bagi memudahkan kerja penyuntingan model ini nanti.

Untuk melokasikan objek  ini  anda perlu klik pada menu Edit dan pilih  Locate>Centre about Origin.
Tukarkan sifat objek sphere ini kepada Mesh bagi membolehkan ianya diedit dengan klik pada menu Build>Convert to Mesh. Jika  anda perasan, kotak  segiempat  kuning diluar objeks sphere berkenaan   telah bertukar warna kepada putih. Mesh kita telah sedia untuk disunting.
Sekarang, kita akan membentuk pula objek berkenaan supaya menjadi suatu sphere yang lonjong. Pada butang pilihan sebelah kanan, klik pada butang Non-Uniform Scale. Ini diikuti pula dengan klik uncheck pada butang Enable Y-Axis. Tujuan kita uncheck pada butang  Enable Y-Axis  supaya  sebarang pergerakan atau perubahan pada model tidak akan menggugat kedudukan menegak (vertikel) sesebuah objek. Sekarang cuba anda tarik ke kanan atau kiri  dengan menggunakan tetikus dan sesuaikan agar saiznya menepati citarasa anda. Perhatikan ilustrasi berikut.

Sekarang kita telah mempunyai objek 3D paling ringkas sekali. Kita akan gunakan objek ini untuk menguji efek ‘toon’ yang bakal kita hasilkan nanti. Sebelum itu, mari kita render dahulu untuk melihat keadaan 3D objek sphere lonjong ini dengan klik pada menu Render>Render Image…
Sebuah tetingkap yang dikenali sebagai Frame Spec Editor akan dipaparkan. Hanya klik pada butang Ok dan paparan 3D yang telah dirender  akan dihasilkan seperti ilustrasi berikutnya.

Model yang kita ada belum memiliki apa-apa warna pada surface mahu pun texture. Oleh  itu,  kita akan meletakkan pewarnaan yang  sebenarnya memberi  efek kepada hasil render model ini nanti. Sekarang, klik pada butang Material Seterusnya bahagian senarai material sebelah kiri akan dipaparkan. Bahagian ini sebenarnya digunakan untuk menyenaraikan material yang ingin kita gunakan pada model 3D kita. Untuk mensetkan material  kita sendiri, anda cuma perlu double-klik didalam kotak segiempat yang tertulis New tersebut. Hasilnya, sebuah tetingkap Material Editor akan dipaparkan seperti berikut.

Dalam Material Editor  inilah kita akan membuat ketetapan pelbagai tahap, gaya, jenis texture dan sifat permukaan material. Kita boleh hasilkan berbagai-bagai efek permukaan material dengan mengubah sebarang nilai yang boleh ditetapkan didalamnya.
Disini kita boleh memberikan property pada permukaan objek berkenaan seperti warna dan sebagainya. Letakkan warna kesukaan anda, misalnya dalam contoh kita tetapkan R=224, G=240 dan B=88, manakala Ambient=0.1, Diffuse=0.5, Specular=0, Emissive=0, Rough=0, Brilliance=0.1 dan Trans=1.

Klik butang Ok pada Material Editor dan klik butang Apply dalam senarai material. Hasilnya objek yang akan kita perolehi nanti akan seperti berikut.

3. Memberi Efek 2D Toon Pada Objek

Langkah seterusnya ialah kita perlu membuat salinan kepada objek ini. Copy dan Paste objek ini dan gerakkan sedikit ke kiri. Tujuannya ialah untuk menjadikan objek yang telah kita salin ini sebagai kulit luaran apabila dirender nanti. Sekarang kita telah memiliki 2 objek yang sama. bentuk Anda perlu membesarkan sedikit objek yang telah disalin tadi.

Selanjutnya, kita perlu berikan property material yang berlainan untuk objek berkenaan. Buka Material Editor yang baru dan setkan seperti berikut. Dalam kes ini, kita perlu setkan 2 permukaan yang berbeza iaitu Front dan Back. Masukkan nilai-nilai properties seperti dalam ilustrasi berikut.

Apabila selesai, klik butang Ok pada Material Editor dan butang Apply pada senarai material. Hasilnya, objek yang kita salin tadi telah bertukar seperti berikut.

Gerakkan kembali objek berkenaan ke dalam objek asal. Ini bermakna, objek asal yang bewarna kuning akan berada didalam objek salinan tadi. Kita telah hampir kepada hasilnya iaitu sebuah objek yang memiliki Outline atau garisan luar bewarna hitam.

Cuba anda render objek berkenaan dan lihatlah hasilnya.