Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Game Editor: Mengenali Permainan Komputer 2D

1. Pengenalan

Dalam artikel ini, kita hanya akan membincangkan berkenaan jenis-jenis permainan komputer 2 dimensi sahaja. Mendefinisikan genre dalam permainan komputer agak sukar memandangkan kepesatan industri teknologi perkomputeran masa kini yang bergerak pantas dan berkembang. Permainan komputer boleh terdiri daripada apa sahaja, daripada permainan yang berunsur keganasan, pengembaraan sehinggalah yang menuntut teknikpenyelesaian masalah. Ianya boleh jadi permainan 2D yang hanya menggunakan sebuah paparan skrin sahaja mahupun yang memiliki berbilang tahap. Malahan setiap tahap juga boleh jadi statik atau dinamik, memiliki gelungan ke semua 4 arah dua dimensi pada skrin komputer iaitu ke kiri, kanan, atas atau bawah. Oleh itu, konsep permainan komputer ini begitu luas dan tidak mustahil dengan kreativiti kita boleh menghasilkan genre yang unik dan tersendiri.

2. Jenis Permainan Komputer 2D

Kadang kala sesebuah permainan komputer boleh dikelaskan dalam gabungan beberapa genre (hybrid) bergantung kepada cara permainan, elemen dalam permainan, tema dan sebagainya. Sememangnya dalam industri ini tidak ada sebarang persetujuan dicapai dalam pengkategorian genre permainan. Setiap pembangun permainan mengkategorikan permainan mereka bergantung kepada persepsi dan pandangan mereka bagaimana cara ianya dimainkan. Antara genre yang utama dalam permainan komputer termasuklah:

Setiap genre utama mengandungi beberapa sub-genre lain yang lebih spesifik misalnya dalam genre Strategy terdiri daripada sub-genre real-time strategy, turnbased strategy, tactical games dan 4X strategy game (eXplore, eXpand, eXploit & eXterminate). Selain genre-genre utama, terdapat juga genre-genre lain yang unik yang tidak disenaraikan di atas misalnya educational, arcade, massively multiplayer online game dan sebagainya.
Menurut Ari Feldman dalam bukunya bertajuk ‘Designing Computer Arcade Game Graphics’, beliau telah mengkategorikan permainan arked kepada lima sub-genres iaitu maze/chase game, pong game, shooters, puzzlers dan platformers.
  • Maze/chase Game

Genre ini amat popular sekitar tahun 80an. Ia biasanya memiliki karektor ringkas 2 dimensi yang boleh dikawal dan bergerak dalam sebuah maze atau jalan bengkang bengkok pada skrin. Terdapat halangan daripada karektor musuh-musuh yang mengejar watak utama semasa pemain cuba menyelesaikan objektif permainan ini. Kebiasaannya kawasan permainan adalah satu paparan skrin dan akan diganti ke kawasan permainan baru jika berjaya mencapai objektif permainan. Secara umumnya, permainan jenis ini amat mudah dibangunkan kerana penggunaan kawasan permainan terhad dan kawalan pergerakan karektor yang mudah. Antara contoh yang paling popular untuk genre ini ialah Pacman dan Dig Dug.
  • Pong Game

Genre ini boleh dikatakan permainan yang melibatkan ‘bat dan ball’merupakan permainan terawal dan paling mudah dihasilkan. Konsep asas ialah pemain mengawal bar untuk mengelakkan bola daripada terlepas ke sebelah pemain. Ianya seumpama bermain ping pong. Ia boleh dimainkan oleh 2 pemain atau boleh bermain dengan komputer itu sendiri. Antaracontoh genre ini yang biasa ialah Pong dan Arknoid.
Contoh genre pong dari Lanogame ialah Uncle Beard’s Orb

  • Shooters

Genre ini yang juga dikenali sebagai ’shoot-’em-ups’ sememangnya amat popular dikalangan peminat permainan tembak menembak. Tema utama ialah seorang atau dua pemain akan mengawal karektor masing-masing yang boleh digerakkan ke atas, bawah, kiri dan kanan. Biasanya karektor berkenaan terdiri daripada kapal angkasa, jet pejuang dan sebagainya yang mempunyai misi memusnahkan apa sahaja karektor dalam laluannya. Untuk ke tahap berikutnya, pemain perlu memusnahkan ketua musuh pada tahap tersebut dahulu. Kawasan permainan biasanya bergelung iaitu bergerak ke satu-satu arah biasanya bergerak ke atas, kiri atau ke kanan. Terdapat juga kawasan permainan yang statik, terhad pada satu-satu kawasan sahaja. Antara contoh genre ini ialah Xenon dan 1943.
Contoh genre shooter dari Lanogame ialah Bomberia dan Mooving Cows

  • Puzzlers

Genre ini lebih kepada permainan yang memerlukan penyelesaian masalah. Biasanya tidak memerlukan tindakan pantas pemain, tetapi lebih kepada daya berfikir dan strategy untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mengalahkan komputer itu sendiri. Kadang kala ia boleh menjadi sebagai alatan untuk belajar dan mengasah minda agar lebih pantas berfikir. Antara contoh genre ini ialah Tetris dan Tic Tac Toe.
Contoh genre puzzlers dari Lanogame ialah Crystalfish dan Speed Memory

  • Platformers

Genre ini antara yang terawal dibangunkan dan juga sangat popular dikalangan pemain. Konsep asas adalah sama iaitu karektor bergerak di atas platform yang memiliki graviti dengan cara berjalan, berlari, melompat dan sebagainya bergantung kepada jenis permainan. Selain itu, platform boleh terdiri daripada kawasan permainan statik mahupun yang bergelung. Kadang kala permainan diselitkan dengan jalan cerita yang menarik selain misi-misi yang berbagai-bagai tahap.Permainan berasaskan platform mungkin memerlukan lebih masa dan tenaga untuk dibangunkan berbanding genre arked lain. Antara contoh genre ini yang termasuklah Mario Bros dan Gods.
Contoh genre platform dari Lanogame ialah Red Ant Adventure