Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] JOOMLA EXTENSIONS

Apa itu Joomla Extension?

Untuk lebih jelas lagi apa itu Extensions, buka laman web rasmi Joomla.
http://extensions.joomla.org/


Simbol 'C' menunjukkan Components.
Simbol 'M' menunjukkan Modules.
Simbol 'P' menunjukkan Plugin/Mambots.
Simbol 'L' menunjukkan Language.

Jadi, extensions dalam Joomla terbahagi kepada 4 iaitu;
1. Components
2. Modules
3. Plugins/Mambots
4. Languages

Dengan extensions ini anda boleh menambah beberapa tambahan yang diperlukan dan sesuai dengan laman web supaya laman web lebih menarik, informatif dan profesional.

Menggunakan Extensions Terpilih: PLUGIN
Plugin biasanya digunakan untuk menambah sesuatu elemen seperti video, foto dsb terus ke dalam artikel. Contohnya plugin AllVideo. Dengan AllVideo anda boleh menambah klip video YouTube terus ke dalam artikel.

1. Buka laman web http://www.joomlaworks.gr/
2. Download AllVideo plugin: Download
3. Simpan fail download di Desktop.

Memasang Plugin

1. Login ke Control Panel.
2. Klik Extensions > Install/Uninstall
3. Klik Browse & cari fail plugin.
4. Klik Upload & Install.
5. Klik AllVideo Documentation untuk melihat cara menggunakan plugin ini.


Mengaktifkan Plugin.

1. Klik Extensions > Plugin Manager
2. Klik AllVideo > Enable > Save.




Menambah AllVideo Plugin ke Dalam Artikel Komputer

Katalah anda ingin menambah klik video IBM Blue Gene, World's Fastest Supercomputer;
.http://www.youtube.com/watch?v=qm_CN1-c1r4

1. Copy klip ID qm_CN1-c1r4
2. Edit artikel Pengenalan Komputer (menu Content > Article Manager)
3. Klik Pengenalan Komputer untuk edit.
4. Tambah tag {youtube}ID{/youtube} iaitu {youtube}qm_CN1-c1r4{/youtube}


5. Simpan dan preview.