Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] MEMAHAMI SUSUNATUR TEMPLATE DI FRONTEND

Setiap template yang digunakan untuk memaparkan laman web (FrontEnd) berbeza antara satu dengan lain bukan sahaja dari segi TEMA tapi juga kedudukan dan nama POSISI. Jika kita ambil cotoh template EastOrange, laman web akan kelihatan seperti berikut;



Mengenal nama dan kedudukan posisi setiap template adalah sangat penting untuk menguruskan sesebuah laman web Joomla. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi, sila login ke admin control panel.

1. Klik Adminstrator, masukkan username & password.
2. Klik Extensions > Template manager.
3. Klik template yang digunakan (EastOrange)
4. Klik Preview.


5. Perhatikan nama2 posisi yang ditunjukkan secara keseluruhannya.


6. Klik menu Site > Control Panel.

7. Kita ambil satu contoh. Klik Extensions > Module Manager.
8. Klik Main Menu. Perhatikan position : Left


9. Anda boleh tukar position main menu ke kanan dengan memilih 'right'
10. Klik Apply dan lihat perubahan main menu di laman web

Dengan mengetahui nama dan kedudukan posisi, anda dengan mudah dapat memasukkan apa saja elemen joomla mengikut posisi pilihan anda sendiri.