Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] VB 2005 Express Edition: Bina Splash Screen Tanpa Kod

Apakah Splash Screen?

Jika anda pernah membuka perisian-perisian yang baik, akan selalu terpampang Splash Screen beberapa saat yang menunjukkan logo, nama perisian dan nama pembangun serta lain-lain   maklumat   berkaitan.   Splash Screen   biasanya   digunakan   untuk memberikan tahap profesionalisma dalam sesebuah perisian dan juga sebagai paparan maklumat semasa menunggu sesebuah perisian dimuat turun dalam memori  sebelum boleh digunakan. Memang tidak dapat dinafikan lagi akan pentingnya elemen Splash Screen  dalam  sesebuah aplikasi   untuk  memberikan  ‘feel’  pada perisian  berkenaan. Contoh yang paling baik  ialah perisian dari  Microsoft   sendiri   seperti  Microsoft  Office, malahan Visual  BASIC 2005 Express  Edition yang anda pakai  pun ada Splash Screen yang tersendiri.

Membina Splash Screen

Kita bernasib baik hari   ini  kerana dalam versi   terkini  Visual  BASIC 2005 Express Edition, telah adanya fungsi untuk membuat setting Splash Screen. Malahan template yang ada boleh digunakan dengan mudah tanpa perlu menulis sebarang kod. Tutorial ringkas ini akan menberikan  sedikit   sebanyak panduan bagaimana untuk  setkan Splash Screen pada aplikasi yang telah anda bina.

Langkah 1

Hasilkan sebuah aplikasi  executible yang biasa  terlebih dahulu.  Untuk mensimulasikan aplikasi ringkas, cuba anda hasilkan dahulu sebuah Form yang kosong. Klik pada Menu, dan pilih New Projek. Selepas itu pilihlah WindowApplication seperti berikut.

Seperti biasa, jika lihat pada Solution Explorer  pada  sebelah kanan  skrin anda akan dipaparkan seperti ilustrasi berikut.

Langkah 2

Sekarang kita telah ada satu Form yang dinamakan sebagai Form1.vb dalam projek ini. Sekiranya anda  jalankan aplikasi   ini  dengan menekan butang Start  Debugging,  pasti Form kosong tersebut akan dipaparkan. Anggaplah ini sebagai aplikasi anda sebab kita cuma mensimulasikan Splash Screen sebentar lagi. Seterusnya,  pada  Menu Build,  klik pada  Add New  Item. Tetingkap berikut  ditunjukkan yang mengandungi pelbagai jenis templates. Salah satu daripada template berkenaan adalah Splash Screen dan anda boleh pilih Splash Screen berkenaan. Ini diikuti dengan klik pada butang Add.

Sudah pastinya satu lagi Form yang dinamakan sebagai  SplashScreen1.vb dipaparkan seperti berikut.

Ini adalah template asal, dan anda boleh sunting sebagaimana yang anda kehendaki. Anda boleh menukar nama dan imej latar belakang atau pun reka sendiri format yang anda kehendaki. Sekiranya anda memerhatika pada Solution Explorer, sudah pasti satu lagi Form akan dimasukkan dalam senarai seperti berikut.

Langkah 3

Langkah berikutnya  ini  akan membuat setting pada projek anda untuk Splash Screen tadi.  Sekarang pada Solution Explorer  berkenaan,  anda boleh double-click pada ikon My Project. Selain cara berkenaan, anda juga boleh guna cara klik pada Menu Project dan pilih  WindowApplication1 Properties. Ini akan memaparkan properties bagi  projek anda seperti berikut.

Berdasarkan  ilustrasi  diatas,pada tab  Application,   terdapat  beberapa perkara yang anda boleh setkan misalnya nama aplikasi, icon yang digunakan, assembly information dan sebagainya. Cuba perhatikan pada drop-down menu dibawah sekali yang tertulis Spalsh Scree. Anda boleh klik padanya dan senarai berikut dipaparkan.

Oleh kerana sebelum  ini  kita telah hasilkan satu sahaja Form berbentuk Splash Screen yang dinamakan  SplashScreen1,  maka hanya satu sahaja dalam senarai  berkenaan. Anda boleh pilih senarai berkenaan sekarang. Kita telah selesai membuat setting pada aplikasi ringkas ini. Cuba uji penetapan tadi dengan klik pada butang   Start Debugging. Pastinya hasil yang dikehendaki akan dipaparkan iaitu Splash Screen dahulu dan diikuti dengan aplikasi anda.