Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Game Editor: Membina Permainan 2D Pong (Bahagian 1)

1. Gaya Permainan

Permainan berasaskan ‘pong’ merupakan jenis permainan paling awal sekali dibina dan mempunyai konsep asas yang mudah. Ianya terkenal sebagai permainan yang dibina untuk menguji keupayaan sesuatu bahasa pengaturcaraan. Ianya terdiri daripada sebuah bola yang melantun antara dinding dan pemain mengawal bar supaya bola berkenaan sentiasa melantun sehingga objektif tertentu dicapai. Terdapat pelbagai jenis serta gaya dalam permainan ini dan ianya boleh jadi apa sahaja bergantung kepada kreativiti pembangunnya. Ianya boleh dihasilkan untuk 2 pemain berlawan antara satu sama lain, boleh juga menentang komputer, dan sebagainya. Permainan dalam tutorial ini memiliki satu antaramuka permainan, bola yang akan dikawal seorang pemain dan dinding kiri kanan yang menghalang bola dari melantun keluar.

2. Kawalan Permainan

Kita akan mengawal pergerakan bar dengan tetikus (mouse). Bar boleh bergerak ke kiri atau ke kanan sahaja. Tugas utama bar ini adalah untuk mengelakkan bola terkeluar dari kawasan permainan dan mengawal arah bola berkenaan.

3. Actor Permainan

Kita akan menggunakan 4 imej asas untuk actor permainan ini iaitu:


Bagi antaramuka permainan ini, kita akan menggunakan window bersaiz 240 x 320 yang kecil. Anda boleh mengubah saiz dengan klik pada menu Config > Game Properties. Dalam panel Game Properties, ubah saiz Game resolution berkenaan kepada 240 x 320 dan tutup panel berkenaan. Anda boleh menguji terlebih dahulu saiz resolusi permainan ini dengan klik pada menu Game mode. Hasilnya, tingkap berikut dipaparkan. Tekan kekunci Escape atau klik pada butang tutup (butang X pada penjuru kanan window).

Sekarang, anda telah kembali semula ke menu penyunting utama Game Editor. Hasilkan pula actor dinding_kiri dengan klik pada menu Add Actor, dan di dalam panel Add Actor, taipkan nama dinding_kiri.

Selesai sahaja klik pada butang Add dan satu imej pacman dipaparkan.
Sekarang, anda telah memiliki actor dinding_kiri yang diwakili oleh imej pacman berkenaan, dan perlu masukkan animasi imej dinding_kiri.png ke dalam actor berkenaan. Ikuti langkah berikut untuk memasukkan imej berkenaan (setiap langkah adalah berdasarkan panel aktif yang dipaparkan). Buka panel Actor Control bagi dinding_kiri terlebih dahulu.

Actor berkenaan menggunakan imej dinding_kiri.png dan anda boleh letakkan imej berkenaan seperti berikut:

Ulangi langkah yang sama seperti sebelum ini untuk membina actor-actor lain iaitu bar_hijau, bola_kuning dan dinding_kanan. Selepas itu, susun actor-actor yang telah dibina tadi seperti dalam ilustrasi berikutnya:

Main Editor

Sekarang, kita telah memiliki asas antaramuka permainan ini. Tujuan actor dinding_kiri dan dinding_kanan adalah untuk menghalang actor bola_kuning daripada keluar daripada kawasan permainan. Actor bar_hijau pula adalah bar yang akan dikawal pemain supaya dapat mengelakkan bola berkenaan daripada keluar dari kawasan permainan di bawah. Ianya akan melantun setiap kali terkena kedua-dua dinding dan bar berkenaan.
Sekiranya anda perhatikan betul-betul, terdapat satu ruang kecil diatas diantara kedua-dua dinding_kiri dan dinding_kanan. Ianya seolah-olah pintu sebuah palang gol. Jadi, kita boleh gunakan ruangan ini untuk memberikan markah sekiranya pemain berjaya memasukkan bola_kuning ke dalam ruang gol ini.