Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Membina Laman Web (Berasaskan CMS Php/MySQL)

PENGENALAN

Salam.
Ada beberapa ahli yang tertanya2 bagaimana nak buat laman web dengan cara CMS terutama menggunakan Joomla. Disini saya ambil peluang untuk menurunkan sedikit panduan bagaimana nak bina laman web menggunakan Joomla. Anda boleh membina laman web Joomla di dalam PC anda sendiri sebelum anda membuat di liveserver atau webhosting (berbayar atau percuma).

APA ITU JOOMLA
Joomla adalah satu Sistem Pengurusan Kandungan atau lebih dikenali dengan Content Management System (CMS). Sistem ini telah dibangunkan oleh Open Source Matters atau (OSM). Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcara PHP (Hypertext Preprocessor) dan pengkalan data MySQL. Sistem ini telah dilancarkan dengan menggunakan lesen dari GNU/GPL(Free Software). Sekarang dengan jumlah komponen dan modul tambahan hampir mencecah 10,000. Ini memudahkan kepada semua pengguna.

Sistem ini telah diedarkan secara percuma, dan ia menjadi salah satu sebab mengapa sistem ini menjadi pilihan kepada pihak individu atau korporat. Pada awalnya sistem ini lebih digunakan oleh pihak individu sahaja untuk membangunkan laman peribadi. Sekarang khususnya di Malaysia terdapat beberapa Syarikat kecil dan besar telah menggunakan sistem Joomla untuk membangunkan laman untuk syarikat mereka.



PERSEDIAAN
Sediakan beberapa perkara berikut;



MEMASANG XAMPP
1. Selepas download, simpan di desktop dan klik 2 kali fail xampp 1.7.1
2. Welcome: klik Next
3. Destination folder: c:\xampp | next
4. Guna default setting: klik Install, tunggu hingga selesai. | finish.
5. Start xampp | Yes
6. Klik Start Apache dan MySql (klik unblock jika perlu)





Tutup tetingkap Xampp


UJI LOCALHOST
1. Buka IE/FireFox dan taip http://localhost
2. Klik English
3. Bila dah masuk ke laman Xampp, klik phpMyAdmin untuk uji DB

4. Tutup browser.

Selesai pemasangan Xampp dan bersambung pemasangan Joomla.