Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Game Editor: Membina Permainan 2D Pong (Bahagian 2)

4. Mengaktifkan Pergerakan Bola

Sekarang kita akan memberikan sifat pada actor bola_kuning berkenaan dengan mengikuti langkah berikut. Buka panel actor control bola_kuning terlebih dahulu.

Selesai sahaja, tutup actor control dan uji pergerakan bola berkenaan dengan klik pada menu Game Mode. Hasilnya, bola berkenaan akan mula bergerak 45 darjah ke sebelah kanan sebanyak 8 piksel per bingkai dan terus keluar dari kawasan permainan.
Untuk memberikan pantulan pada dinding_kiri, dinding_kanan dan bar_hijau pada sebarang sentuhan dengan bola berkenaan, buka kembali actor bola_kuning dan ikuti langkah berikut:

5. Mengawal Pergerakan Bar

Kita akan mengawal actor bar_hijau dengan tetikus sahaja. Bar ini hanya mempunyai fungsi boleh bergerak ke kiri dan kanan sahaja. Untuk memberikan sifat ini, buka actor control bar_hijau terlebih dahulu dan ikuti langkah berikutnya.

Sekarang, anda boleh menguji bar berkenaan dengan masuk ke Game Mode. Cuba gerakkan tetikus anda ke kiri dan kanan, sambil menghalang bola berkenaan daripada terkeluar dari kawasan permainan bawah.

Anda akan dapati bola bergerak ke serata arah dalam kawasan permainan dan tidak terkeluar selagi ianya melanggar penghalang iaitu dinding_kiri, dinding_kanan dan bar_hijau. Selagi anda mengawal tetikus dan mempastikan bar_hijau dapat menghalang bola_kuning dari terkeluar dari kawasan permainan, maka selagi itu bola berkenaan aktif bergerak.

6. Sistem Pemarkahan

Untuk memberikan nilai tambah dalam permainan ini, kita boleh meletakkan papan markah sebagai ukuran tahap permainan. Sistem pemarkahan yang ringkas ini akan membantu pemain melihat prestasi semasa mereka. Kita boleh menggunakan font sedia ada dalam komputer mahupun, menggunakan font yang dibuat dari imej format grafik. Untuk tutorial ini, kita akan cuba hasilkan papan markah daripada sebuah imej grafik yang mengandungi angka 0 sehingga 9.


Fail imej dinamakan sebagai papan_markah.png dan ikuti langkah berikutnya. Hasilkan satu actor yang baru dan namakan ianya sebagai papan_markah.

Actor anda akan bertukar kepada bentuk nombor dan menayangkan angka 0 sebanyak 4. Posisikan kedudukan actor papan_markah ini pada penjuru sebelah atas dan kanan kawasan permainan anda seperti berikut.

Setting permulaan dengan angka 0000 digunakan kerana pemarkahan akan dikira dari sifar. Dari itu, angka akan menaik sebanyak mana markah yang diperuntukkan kepada sesuatu aksi. Ini bermakna kita menetapkan bahawa, jumlah maksimum markah yang boleh diperolehi ialah 9999 sahaja.
Bagaimana pula kita integrasikan papan markah ini dengan jumlah markah? Baiklah, berdasarkan kawasan permainan yang telah kita bina, terdapat satu ruang di atas iaitu antara dinding_kiri dan dinding_kanan. Sekiranya bola_kuning tersebut berjaya dimasukkan ke dalam ruang berkenaan, anda akan diberi markah, iaitu ia berperanan sebagai tiang gol!
Langkah seterusnya. Buat sebuah actor jenis Filled Region dan namakannya sebagai penanda_gol. Seperti biasa, anda perlu klik menu Add Actor dan pada panel Add Actor letakkan nama penanda_gol, tukar Type kepada Filled Region dan klik butang Add. Kecilkan saiz actor penanda_gol tersebut (actor berkenaan dalam bentuk segiempat biru yang boleh diubah saiznya). Letakkan pada kedudukan seperti dalam ilustrasi di bawah iaitu ditengah antara dua dinding berkenaan.

Actor penanda_gol ini seolah-olah sebagai pengesan apabila bola_kuning berada pada luar kawasan sasaran dan bola berkenaan bersentuhan dengannya. Berikutnya, kita akan memberikan markah iaitu jumlah markah pada actor papan_markah akan meningkat apabila bola berlanggar dengan actor penanda_gol. Buka panel Actor Control bola_kuning dan ikuti langkah berikutnya.

Berdasarkan langkah tadi, kita akan menambah 10 markah apabila bola_kuning mengenai atau berlanggar dengan actor penanda_gol. Cuba uji permainan ini dengan klik pada Game Mode.

Sekiranya bola berjaya dimasukkan dalam gol, maka 10 markah bertambah. Beginilah sebahagian daripada kaedah membina permainan gaya pong yang ringkas. Anda boleh mencuba sendiri pelbagai gaya lain yang unik untuk menghasilkan permainan anda sendiri. Selamat Berjaya!