Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk  membina Carta Bar 3D yang menarik? Biasanya Carta Bar sebegini digunakan  dalam majalah-majalah, laporan tahunan syarikat dan lain-lain terbitan  profesional. Dengan menggunakan Ms Excel 2007, kali ini kita akan  hasilkan Carta Bar yang bergaya profesional walaupun anda tidak lah  seprofesional mana.. Ikuti langkah2 selanjutnya untuk menghasilkan Carta  Bar 3D seperti dibawah ini.
1. Menyediakan Data
Sediakan data yang diperlukan untuk  menghasilkan carta. Sebagai contoh, kita ambil 4 warna dengan peratusan  sebagai data kita. Taipkan seperti dalam ilustrasi berikut dan tandakan  semua maklumat berkenaan.
Selanjutnya, pergi ke ribbon tab Insert  dan cari icon carta Column dan pilihlah carta 3D-Column seperti berikut.
Setelah dipilih, anda akan dapati sebuah  carta bar 3D yang amat membosankan telah dijanakan secara automatik.  Rasa-rasanya carta begini tak menunjukkan anda seorang yang pro dalam  menggunakan Ms Excel. Jadi apa kata kita kejutkan rakan-rakan anda yang  anda juga boleh menghasilkan carta menarik!
2. Mengubahsuai Penampilan Carta
Kali ini, anda perlu klik pada bar  berkenaan terlebih dahulu kemudian klik right-mouse untuk membuka menu  berikut.
Pilih pada menu berkenaan, 3-D Rotation.  Selanjutnya, tetingkap ketetapan Format Chart Area berikut akan  dipaparkan.
Disini, anda perlu tetapkan Rotation  iaitu jadikan X kepada 10 darjah, Y kepada 10 darjah dan Perspective  kepada 15 darjah. Pastikan untick pada Right Angle Axes pada Chart  Scale. Apabila selesai, klik butang Close.
Seterusnya, anda perlu klik pada bar  dalam carta berkenaan dan pada ribbon tab Format, pilih Bevel pertama  seperti dalam ilustrasi berikut.
Kini, anda telah memiliki sebuah Carta  Bar yang agak lebih baik daripada sebelum ini dengan rupa bar yang lebih  ‘curvy’ dan cute (betul ker penggunaan bahasa nie.. hahaha). Mungkin  carta anda akan kelihatan seperti beikut.
3. Menambah Penampilan Carta Bar
Seterusnya, kita perlu letakkan sedikit  warna yang menarik pada bar berkenaan. Pilih salah satu bar misalnya bar  yang mewakili warna Merah. Setelah dipilih, klik right-mouse, pilih  pada menu dan tetingkap Format Data Point berikut akan dipaparkan. Pilih  Fill terlebih dahulu dan carilah warna sesuai.
Sudah pasti apabila anda klik pada  butang Close, bar telah berubah warna. Dalam kes ini, kita pilih warna  Merah dan hasilnya seperti dalam ilustrasi berikut.
Ulangi proses yang sama untuk bar-bar  yang lain. Setelah selesai, Carta anda akan kelihatan seperti berikut.
Nampaknya bar-bar berkenaan kelihatan  kurus dan ‘masih tak cukup makan’, oleh itu  apa kata kita tembamkan  sedikit bar-bar berkenaan. Seperti proses sebelum ini, tandakan semua  bar berkenaan dan klik right-mouse untuk ke menu dan membuka tetingkap  Format Data Series semula. Kali ini pilih Series Option dan gerakkan Gap  Width sedikit ke kiri seperi berikut.
Selesai sahaja, klik butang Close.  Hasilnya mungkin kelihatan seperti berikut.
Akhirnya kita telah hasilkan penampilan  Carta Bar 3D yang nampak lebih menarik. Anda boleh megubahsuai lagi  carta berkenaan dengan melakukan proses yang hampir sama seperti yang  dijelaskan sebelumnya. Beberapa perkara lain anda boleh letakkan  misalnya Title, Legends, Shadow dan sebagainya terpulang kepada  kreativiti anda. Jadi sekarang anda bolehlah tunjukkan kepada  rakan-rakan anda bahawa anda juga ‘profesional’ seperti mereka.  Selamat berjaya!
