Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.
Showing posts with label Excel. Show all posts
Showing posts with label Excel. Show all posts

[Tutorial] Ms Excel 2007: Membina Carta Dengan Dua Y-Axis

Mungkin rakan-rakan anda pernah bertanya, bagaimana hendak membina carta atau graf yang menggunakan kedua-dua Y-Axis iaitu sebelah kiri dan kanan. Sebagai orang yang suka membantu, anda pastinya cuba menyelesaikan masalah ini tetapi bagaimana caranya? Kali ini kita akan cuba membina sebuah carta yang memaparkan dua graf serentak iaitu Bar dan Line. Untuk tujuan ini, mari kita saksikan hasil yang akan kita perolehi nanti seperti dalam ilustrasi berikut.

Dalam carta di atas, pada paksi-Y sebelah kiri menunjukkan peratusan yang ditunjukkan oleh graf garisan manakala pada sebelah kanan menunjukkan jumlah yang diwakili oleh car bar yang bewarna biru. Paksi X pula menunjukkan hari-hari dalam seminggu.

1. Menyediakan Data dan Carta Asas

Seperti biasa sebelum membina carta, data adalah amat diperlukan. Oleh itu, dalam tutorial ini kita cuba gunakan data-data seperti berikut. Anda boleh hasilkan sendiri data anda bergantung kepada keperluan carta berkenaan.

Tandakan kesemua data-data berkenaan dan pergi ke ribbon menu Insert dan pilihlah carta Column 2-D seperti ilustrasi berikut.

Hasilnya adalah sebuah carta bar yang membosankan serta tidak menarik seperti berikut. Untuk memudahkan kerja kita, abaikan Legend pada sebelah tepi kanan (Series1 dan Series2) dengan memadamnya. Tandakan kedua-duanya dan tekan kekunci delete.

Anda akan dapati cuma bar pada Series2 sahaja yang nampak manakala bar Series1 hampir-hampir tidak kelihatan. Jangan bimbang kerana ini hanya sementara dan kita akan menukar salah satu Series berkenaan kepada garisan.

2. Menukar Carta Bar kepada Carta Garisan

Daripada langkah sebelumnya, klik right-mouse pada bar yang hampir tidak kelihatan berkenaan. Satu menu akan keluar dan anda pilihlah Change Series Chart Type seperti berikut.

Selanjutnya satu tetingkap akan dipaparkan dan anda bebas untuk memilih jenis carta yang hendak digunakan. Dalam tutorial ini, kita akan pilih Line Chart seperti ilustrasi berikut.

Selesai sahaja, anda bolehlah klik pada butang Ok. Kemudian anda perlu ulang semula proses tadi iaitu klik right-mouse pada bar yang masih tidak kelihatan berkenaan dan menu akan dipaparkan.

Daripada menu berkenaan, anda pilih pula Format Data Series. Selanjutnya tetingkap berikut akan dipaparkan.

Langkah ini adalah paling penting iaitu, daripada tetingkap Format Data Series berkenaan, anda perlu klik pada Secondary Axis dalam ruangan Plot Series On. Selesai sahaja berbuat demikian, klik butang Ok dan hasil akhirnya adalah seperti berikut.

Nampaknya anda telah berjaya menghasilkan sebuah carta yang memiliki dua Axis-Y yang menggabungkan carta bar dan carta garisan. Anda seterusnya boleh mengemaskinikan carta berkenaan dengan menambah elemen-elemen grafik lain dan sebagainya. Carta sebegini amat penting kerana kadang-kala banyak maklumat atau perkara perlu digabungkan untuk agar analisis yang berkesan dapat dilakukan. Selamat berjaya!



Read More......

[Tutorial] MS Excel 2007: Membina Carta Bar 3D Gaya Profesional

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk membina Carta Bar 3D yang menarik? Biasanya Carta Bar sebegini digunakan dalam majalah-majalah, laporan tahunan syarikat dan lain-lain terbitan profesional. Dengan menggunakan Ms Excel 2007, kali ini kita akan hasilkan Carta Bar yang bergaya profesional walaupun anda tidak lah seprofesional mana.. Ikuti langkah2 selanjutnya untuk menghasilkan Carta Bar 3D seperti dibawah ini.


1. Menyediakan Data

Sediakan data yang diperlukan untuk menghasilkan carta. Sebagai contoh, kita ambil 4 warna dengan peratusan sebagai data kita. Taipkan seperti dalam ilustrasi berikut dan tandakan semua maklumat berkenaan.

Selanjutnya, pergi ke ribbon tab Insert dan cari icon carta Column dan pilihlah carta 3D-Column seperti berikut.

Setelah dipilih, anda akan dapati sebuah carta bar 3D yang amat membosankan telah dijanakan secara automatik. Rasa-rasanya carta begini tak menunjukkan anda seorang yang pro dalam menggunakan Ms Excel. Jadi apa kata kita kejutkan rakan-rakan anda yang anda juga boleh menghasilkan carta menarik!



2. Mengubahsuai Penampilan Carta

Kali ini, anda perlu klik pada bar berkenaan terlebih dahulu kemudian klik right-mouse untuk membuka menu berikut.

Pilih pada menu berkenaan, 3-D Rotation. Selanjutnya, tetingkap ketetapan Format Chart Area berikut akan dipaparkan.

Disini, anda perlu tetapkan Rotation iaitu jadikan X kepada 10 darjah, Y kepada 10 darjah dan Perspective kepada 15 darjah. Pastikan untick pada Right Angle Axes pada Chart Scale. Apabila selesai, klik butang Close.
Seterusnya, anda perlu klik pada bar dalam carta berkenaan dan pada ribbon tab Format, pilih Bevel pertama seperti dalam ilustrasi berikut.

Kini, anda telah memiliki sebuah Carta Bar yang agak lebih baik daripada sebelum ini dengan rupa bar yang lebih ‘curvy’ dan cute (betul ker penggunaan bahasa nie.. hahaha). Mungkin carta anda akan kelihatan seperti beikut.

3. Menambah Penampilan Carta Bar

Seterusnya, kita perlu letakkan sedikit warna yang menarik pada bar berkenaan. Pilih salah satu bar misalnya bar yang mewakili warna Merah. Setelah dipilih, klik right-mouse, pilih pada menu dan tetingkap Format Data Point berikut akan dipaparkan. Pilih Fill terlebih dahulu dan carilah warna sesuai.

Sudah pasti apabila anda klik pada butang Close, bar telah berubah warna. Dalam kes ini, kita pilih warna Merah dan hasilnya seperti dalam ilustrasi berikut.

Ulangi proses yang sama untuk bar-bar yang lain. Setelah selesai, Carta anda akan kelihatan seperti berikut.

Nampaknya bar-bar berkenaan kelihatan kurus dan ‘masih tak cukup makan’, oleh itu  apa kata kita tembamkan sedikit bar-bar berkenaan. Seperti proses sebelum ini, tandakan semua bar berkenaan dan klik right-mouse untuk ke menu dan membuka tetingkap Format Data Series semula. Kali ini pilih Series Option dan gerakkan Gap Width sedikit ke kiri seperi berikut.

Selesai sahaja, klik butang Close. Hasilnya mungkin kelihatan seperti berikut.

Akhirnya kita telah hasilkan penampilan Carta Bar 3D yang nampak lebih menarik. Anda boleh megubahsuai lagi carta berkenaan dengan melakukan proses yang hampir sama seperti yang dijelaskan sebelumnya. Beberapa perkara lain anda boleh letakkan misalnya Title, Legends, Shadow dan sebagainya terpulang kepada kreativiti anda. Jadi sekarang anda bolehlah tunjukkan kepada rakan-rakan anda bahawa anda juga ‘profesional’ seperti mereka. Selamat berjaya!

Read More......