Apakah Splash Screen?
Jika anda pernah membuka perisian-perisian yang baik, akan selalu terpampang Splash Screen beberapa saat yang menunjukkan logo, nama perisian dan nama pembangun serta lain-lain maklumat berkaitan. Splash Screen biasanya digunakan untuk memberikan tahap profesionalisma dalam sesebuah perisian dan juga sebagai paparan maklumat semasa menunggu sesebuah perisian dimuat turun dalam memori sebelum boleh digunakan. Memang tidak dapat dinafikan lagi akan pentingnya elemen Splash Screen dalam sesebuah aplikasi untuk memberikan ‘feel’ pada perisian berkenaan. Contoh yang paling baik ialah perisian dari Microsoft sendiri seperti Microsoft Office, malahan Visual BASIC 2005 Express Edition yang anda pakai pun ada Splash Screen yang tersendiri.
Membina Splash Screen
Kita bernasib baik hari ini kerana dalam versi terkini Visual BASIC 2005 Express Edition, telah adanya fungsi untuk membuat setting Splash Screen. Malahan template yang ada boleh digunakan dengan mudah tanpa perlu menulis sebarang kod. Tutorial ringkas ini akan menberikan sedikit sebanyak panduan bagaimana untuk setkan Splash Screen pada aplikasi yang telah anda bina.
Langkah 1
Hasilkan sebuah aplikasi executible yang biasa terlebih dahulu. Untuk mensimulasikan aplikasi ringkas, cuba anda hasilkan dahulu sebuah Form yang kosong. Klik pada Menu, dan pilih New Projek. Selepas itu pilihlah WindowApplication seperti berikut.
Seperti biasa, jika lihat pada Solution Explorer pada sebelah kanan skrin anda akan dipaparkan seperti ilustrasi berikut.
Langkah 2
Sekarang kita telah ada satu Form yang dinamakan sebagai Form1.vb dalam projek ini. Sekiranya anda jalankan aplikasi ini dengan menekan butang Start Debugging, pasti Form kosong tersebut akan dipaparkan. Anggaplah ini sebagai aplikasi anda sebab kita cuma mensimulasikan Splash Screen sebentar lagi. Seterusnya, pada Menu Build, klik pada Add New Item. Tetingkap berikut ditunjukkan yang mengandungi pelbagai jenis templates. Salah satu daripada template berkenaan adalah Splash Screen dan anda boleh pilih Splash Screen berkenaan. Ini diikuti dengan klik pada butang Add.
Ini adalah template asal, dan anda boleh sunting sebagaimana yang anda kehendaki. Anda boleh menukar nama dan imej latar belakang atau pun reka sendiri format yang anda kehendaki. Sekiranya anda memerhatika pada Solution Explorer, sudah pasti satu lagi Form akan dimasukkan dalam senarai seperti berikut.
Langkah 3
Langkah berikutnya ini akan membuat setting pada projek anda untuk Splash Screen tadi. Sekarang pada Solution Explorer berkenaan, anda boleh double-click pada ikon My Project. Selain cara berkenaan, anda juga boleh guna cara klik pada Menu Project dan pilih WindowApplication1 Properties. Ini akan memaparkan properties bagi projek anda seperti berikut.
Berdasarkan ilustrasi diatas,pada tab Application, terdapat beberapa perkara yang anda boleh setkan misalnya nama aplikasi, icon yang digunakan, assembly information dan sebagainya. Cuba perhatikan pada drop-down menu dibawah sekali yang tertulis Spalsh Scree. Anda boleh klik padanya dan senarai berikut dipaparkan.
Oleh kerana sebelum ini kita telah hasilkan satu sahaja Form berbentuk Splash Screen yang dinamakan SplashScreen1, maka hanya satu sahaja dalam senarai berkenaan. Anda boleh pilih senarai berkenaan sekarang. Kita telah selesai membuat setting pada aplikasi ringkas ini. Cuba uji penetapan tadi dengan klik pada butang Start Debugging. Pastinya hasil yang dikehendaki akan dipaparkan iaitu Splash Screen dahulu dan diikuti dengan aplikasi anda.