Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Anim8or: Memberi Efek Pada Model 3D

1. Efek Pada Model 3D

Efek pada permukaan sesebuah model amat penting dalam memberikan ‘feel’ berbeza ke dalam gambaran 3 dimensi. Ianya amat penting untuk mencipta efek material yang dijana pada sesebuah model seperti efek berkilat, bercahaya, malap dan sebagainya. Untuk mendapat keadaan ini, di dalam Material Editor memiliki beberapa Properties yang boleh disetkan untuk memberi efek berbeza bergantung kepada nilai yang diberi pada sesuatu penetapan.


2. Menetapkan Nilai Pada Material Editor

Ikuti langkah berikut untuk mencipta material anda sendiri. Buka perisian Anim8or dan mulalah membina material anda sendiri. Untuk membuat material yang baru, anda boleh klik pada butang Material dan senarai Material Name akan dipaparkan. Daripada situ pula, anda boleh double-click pada ruang New.

Tetingkap berikut akan dipaparkan untuk membolehkan kita setkan sebarang nilai yang dikehendaki dalam membina efek material. Seperti yang kita ketahui sebelum ini, Anim8or memiliki keupayaan untuk menghasilkan material bagi model 3D. Untuk mendapat hasil yang memuaskan dan gambaran material yang sebenar, kita perlu mengambil kira 7 perkara:
  1. Ambient
  2. Diffuse
  3. Specular
  4. Emissive
  5. Rough
  6. Brilliance
  7. Transparency
Di sinilah peranan Material Editor mengambil tempatnya dimana kita boleh menjustifikasikan tahap setiap gaya visual yang dikehendaki. Ia akan menjanakan ‘appearence’ yang berbeza mengikut pilihan masing-masing.

AMBIENT – merupakan warna material dalam bayangan.

DIFFUSE – meruapakan ‘warna’ bagi material iaitu gabungan jumlah warna dan cahaya yang memancar pada model yang dimasukkan sebagai warna akhiran.
SPECULAR - sebahagian daripada komponen yang menyebabkan ’sinaran’ dan biasanya disetkan dengan warna putih untuk memberi reflek pada cahaya warna.
EMISSIVE – komponen yang mewakili cahaya yang dijanakan oleh material itu sendiri tetapi tidak berpunca daripada pencahayaan. Ianya menjadikan seolah-olah material berkenaan yang bercahaya.
ROUGHNESS – nilai yang tinggi akan menyebabkan permukaan semakin bersinar. Nilai dari 1 (tidak semua bersinar) hingga ke 100.
TRANSPARENCY -ianya adalah darjah lutsinar sesebuah material. Nilai bermula dari 1.0 ketampakan penuh hingga 0.0 iaitu lutsinar sepenuhnya.
BRILLIANCE – ianya adalah faktor yang mengubah persembahan komponen DIFFUSE. Ia boleh menambah persembahan kepada lebih metalic, warna yang lebih terang dan memperkayakan ‘appearance’ sesebuah material.

3. Contoh Efek Model 3D

Dalam Material Editor ini, anda boleh setkan nilai-nilai tertentu dalam Surface Properties dan juga pewarnan yang menggunakan nilai RGB atau HSL. Contoh-contoh berikut adalah efek yang boleh dihasilkan dengan mengubah nilai pada Surface Properties.
Contoh Efek Artificial

Contoh Efek Keemasan

Contoh Efek Perak

Contoh Efek Marble

Contoh Efek Toon

Contoh Efek Natural