Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Adobe Flash CS3: Kawalan Dalam Permainan 2D (Bahagian 2)

1. Pengenalan

Sebelum ini, dalam Bahagian 1 telah dijelaskan bagaimana membina kawalan menggunakan kekunci anak panah terhadap pergerakan sesuatu objek dalam persekitaran 2-dimensi. Kali ini, kita cuba pula menggunakan kawalan tetikus (mouse). Lazimnya penggunaan tetikus untuk mengawal sesuatu objek kerap digunakan dalam permainan puzzle dan sebagainya. Ia boleh digunakan untuk memberikan wajah baru pada cursor semasa dalam permainan atau menggerakkan arah objek itu sendiri.

2. Membina Movie clip Objek

Dalam contoh ini, kita boleh gunakan aset yang sama dalam Bahagian 1 iaitu penggunaan kapal terbang biru sebagai objek untuk dikawal. Jadikan objek ini Movie clip terlebih dahulu dengan klik menu Modify, dan pilih Convert to Symbol…(F8). Namakan Movie clip ini jetHero dan klik butang OK. Jika dilihat pada Library akan wujud Movie clip baru bernama jetHero.

Pada Stage, pastikan dalam ruangan Properties anda namakan Instance Name sebagai jetHero juga seperti dalam ilustrasi berikutnya.

Berikutnya, tambah satu layer pada tetingkap Timeline dan namakan Skrip. Namakan juga layer pertama tadi dimana Movie clip kita berada sebagai Hero (atau mana-mana nama yang anda sukai).



3. Membina Enjin Kawalan Tetikus Dengan AS3.0

Seterusnya, kita akan memasukkan kod-kod ActionScript 3.0 ke dalam aplikasi ini yang seumpama enjin yang akan menggerakkan Movie clip jetHero berkenaan. Pada layer Skrip yang telah kita tambah tadi, pada frame pertama, klik kanan-mouse dan pilih Actions. Sebuah tetingkap Action-Frame akan dipaparkan, dan tulislah kod seperti berikut.

Baris 1 akan menyebabkan cursor sedia ada disembunyikan namun pergerakan dan aktiviti cursor tetap wujud. Baris 4 hingga 21 merupakan fungsi yang menggerakkan kapal terbang biru seiring dengan pergerakan cursor oleh pengguna. Perhatikan penggunaan mouseX dan mouseY untuk mengesan lokasi cursor semasa dalam sistem koordinat.



4. Menguji Movie

Setelah selesai memasukkan kod ActionScript 3.0, kita bolehlah menguji Movie dengan menekan kekunci Ctrl+Enter serentak atau pergi ke menu Control dan pilih Test Movie. Apabila movie dimainkan, mungkin hasilnya seperti berikut.

Hasilnya, sebuah kapal terbang yang bergerak mengikut kedudukan tetikus. Anda boleh ubahsuai objek berkenaan dengan menggantikannya dengan gambar anakpanah yang menarik untuk memberi wajah baru cursor Flash anda. Gunakan kreativiti anda untuk menggunakan pergerakan dengan tetikus ini dalam laman web Flash lain selain dari kegunaan untuk permainan.