Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.

[Tutorial] Game Editor: Mengenali Antaramuka Grafik Game Editor

1. Memulakan Game Editor

Apabila anda menjalankan program ini, satu panel Welcome akan dipaparkan seperti berikut:

Walaupun ianya seumpama menu ringkas yang menayangkan beberapa fungsi untuk dicuba, namun bagi mereka yang mula-mula menggunakan perisian ini, ianya penting untuk memahami apa fungsi yang boleh digunakan. Selain fungsi asas membina permainan, Game Editor memiliki fungsi tambahan seperti keupayaan menayang demo langkah demi langkah proses membina game. Malahan ianya juga boleh dihubungkan ke internet untuk mengakses sebarang tutorial terbaru untuk dimuat turun ke dalam cakera keras anda.

2. Skrin Penyunting Utama

Secara umumnya, penyunting utama dalam Game Editor merupakan sebuah kawasan pembinaan permainan yang bergrid. Dimensi grid dan warna boleh diubahsuai mengikut kesesuaian permainan yang dibakal dibangunkan.

Satu segiempat bewarna putih yang berada di tengah-tengahnya merupakan actor istimewa yang dipanggil View Actor. Ianya berfungsi seolah-olah sebuah kamera yang memfokuskan kawasan permainan. Ini bermakna saiz view actor menentukan saiz dan resolusi kawasan permainan. Seperti actor lain, view actor boleh disetkan ketetapan tertentu padanya kecuali ianya tidak boleh mengandungi animasi. Anda boleh mengubahsuai saiz view (pandangan) resolusi pada view actor dalam menu Config > Game properties, di dalam panel Game Properties berkenaan anda boleh menukar Game resolution.

3. Menu Bar Penyunting Utama

Game Editor mempunyai menubar yang berada pada kedudukan atas kawasan skrin penyunting utama. Terdapat 8 pilihan menu utama yang mengandungi submenu masing-masing.


4. Membina Actor

Membina actor adalah sangat mudah dalam Game Editor iaitu anda hanya perlu klik Add Actor pada menubar utama.

Panel Add Actor akan dipaparkan supaya kita boleh menamakan actor yang sesuai. Anda boleh menggunakan apa sahaja nama asalkan tidak menyamai nama fungsi skrip dan pembolehubah (variables). Nama yang diberikan mestilah bermula dengan karektor teks dan diikuti dengan sama ada karektor teks, nombor atau tatatanda _

Setelah anda menamakan actor dalam ruangan Name tersebut, klik pada butang Add. Oleh kerana actor yang akan buat adalah dari jenis Normal, maka kita tidak perlu menukar Type pada panel berkenaan. Anda akan dapati satu imej pac-man berada dalam skrin suntingan utama Game Editor. Tahniah anda telah berjaya membina actor!

5. Kawalan Actor Dengan Panel Kawalan

Sesebuah actor perlu dikawal dan memiliki tingkahlaku tersendiri untuk memberikan sifat-sifat yang perlu dalam permainan. Untuk menetapkan tingkahlaku sesebuah actor, anda perlu membuka panel Actor Control.
Disinilah actor anda boleh diarahkan untuk melakukan beberapa perkara misalnya memaparkan teks atau animasi, mengikut laluan tertentu (path), atau melakukan sesuatu tindakan apabila sesuatu peristiwa berlaku (event & action). Adalah amat penting untuk kita membiasakan diri dengan segala kawalan yang terdapat pada panel ini sebelum boleh menghasilkan sebuah permainan yang lengkap dengan lancar.


Event ialah sebarang peristiwa yang berlaku pada actor. Sebagai contoh apabila actor berlanggar dengan actor lain, maka event atau peristiwa perlanggaran pun berlaku. Action atau tindakan susulan pula akan diaktifkan apabila event berlaku. Sebagai contoh, apabila actor berlanggar dengan actor lain (Event) maka berlakunya animasi letupan (Action). Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa Event & Action adalah saling kait mengait antara satu sama lain dan mekanisma inilah yang menghidupkan actor dalam sesebuah permainan.

Di dalam panel Actor Control, terdapat fungsi penetapan event pada actor di mana anda boleh menyunting, menambah, memadam, meyalin event kepada actor lain dan juga penetapan event apabila actor berada di luar sudut pandangan permainan. Penetapan inilah yang menjadi tulang belakang serta engine penggerak permainan yang anda bangunkan.