Welcome to ariffantasi blog, enjoy reading.
Showing posts with label open souce. Show all posts
Showing posts with label open souce. Show all posts

Just for Kaki Blog

1. BlogDesk
- Aku baru try install dan configure. Blom try post, edit, dll..
- Tak support Blogger.com
- Platform 'Tingkap's sahaja. Support Vistas.
- Size < 4Mb
- Support Wordpress, Drupal, dll.
- http://www.blogdesk.org/en/index.htm

2. Zoundry Raven
- Lesen GPL v2
- Baru nak test. Aku suke mende2 Open Source ni. Heheh...
- Support byk platform.
- Boleh install sebagai Portable Apps Yeah!! cheers 
- Auto detect kita punya blog platform lepas kita masukkan link blog kita(Masa nak add account)
- Lepas create account, dia akan download sume post, link, image, tag yang kita buat ke dalam pc kita. Buat local copy. (aku try kat blog berasaskan wordpress)
- Masa nak loading lambat skit sbb nak load plugin
- Saiz < 11Mb
- Platform 'Tingkap's sahaja.. Support Vistas...
- http://www.zoundryraven.com/index.html

Setakat ni 2 software tu reliable jugak la kan. Tapi aku lebih suka Zoundry Raven.

Read More......

Solat Time

Nak berkongsi software yang amat berguna.
Salaat Time adalah software yang menunjukkan dan mengingatkan kita waktu solat.
Bila masuk waktu solat, azan dari software ini akan berkumandang.
Software percuma ini dibangunkan oleh SalaatTime.com
Selain daripada mengingatkan kita waktu solat, perisian ini juga menunjukkan arah kiblat,
menukar tarikh masihi to hijrah dan terdapat ayat suci al-Quran.
Software ini tidak memberatkan pc.
Semoga kita memanfaatkannya.

terasa macam diperli ja bila azan software ni berkumandang tp masih dok mengadap pc lagi.hehe

http://www.salaattime.com/

Read More......

[Tutorial] Adobe Flash CS3: Rekabentuk Jam Analog


Meletakkan jam pada laman web merupakan salah satu daripada kemestian pada masa kini. Kebanyakan laman web yang “baik” akan menunjukkan waktu malahan tarikh dan hari terkini untuk memudahkan sesiapa sahaja yang melawatnya. Dalam tutorial kali ini, kita akan membina sebuah Jam Analog yang ringkas dan berfungsi sepenuhnya mengikut waktu komputer anda.


1. Melukis Latar Jam

Buka fail Flash format AS3.0 yang baru. Pada menu Modify pilih Document (Ctrl+J). Tetingkap Document Properties berikut akan dipaparkan. Tetapkan nama dan saiz dokumen ini iaitu dengan dimension 300 (width) dan 300 (height). Klik butang OK bila selesai.

Klik pada butang Oval pada panel Tools untuk melukis bulatan dengan ukuran 250 pixel x 250 pixel. Hasilkan bulatan seperti dalam ilustrasi dibawah.

Pastikan pada Properties bar yang berada dibawah Stage menunjukkan saiz bulatan dan juga kedudukannya di atas Stage seperti berikut.

Seterusnya, ubah bulatan berkenaan menjadi Movie clip dengan klik bulatan tadi terlebih dahulu. Pada menu Modify, pilih Convert to Symbol… (F8) dan satu tetingkap akan dipaparkan. Namakan simbol berkenaan Latarbelakang dan klik pada tengah-tengah Registration seperti ilustrasi berikut.

Selesai sahaja, klik butang OK. Jika anda perhatikan, didalam ruangan Library, akan muncul fail Movie clip bernama Latarbelakang. Selain itu, pada ruangan Timeline pula, Layer1 akan bertukar kepada nama Latarbelakang seperti berikut.


2. Melukis Jarum Jam

Kita sedia maklum sebuah jam analog memiliki 3 jarum penting yang masing-masing menunjukkan saat, minit dan jam. Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah dengan menambah sebanyak 4 lagi Layer selepas layer Latarbelakang sebelum ini. Hasilkan layer-layer berkenaan dan namakan  mengikut turutan dengan nama Jam, Minit, Saat dan Skrip seperti dalam ilustrasi berikut.

Sebelum kita melukis jarum jam, seeloknya kita mengunci terlebih dahulu layer Latarbelakang dengan klik pada titik yang selari dengan icon Lock (gambar mangga). Selanjutnya, kita mulakan melukis jarum untuk layer Jam terlebih dahulu. Klik pada layer Jam seperti ilustrasi berikut.

Gunakan tool Rectangle yang berbentuk segiempat pada bar Tools untuk melukis jarum jam. Untuk tutorial ini, kita tetapkan saiz jarum berkenaan 15 (Width) dan 80 (Height). Ubah segiempat berkenaan menjadi Movie clip dengan klik menu Modify, pilih Convert to Symbol… (F8) dan satu tetingkap akan dipaparkan. Seperti proses sebelum ini namakan Movie clip berkenaan Jam dan letakkan titik Registration pada kedudukan tengah dan bawah.
Hasilnya mungkin kedudukan segiempat berkenaan seperti berikut.

Jika diperhatikan, layer Latarbelakang yang menunjukkan imej bulatan sebelum ini tidak berganjak kerana kita telah mengunci layer berkenaan sebelum ini. Untuk memastikan kedudukan jarum jam ditengah-tengah bulatan dan Stage, gunakan Align tool. Jika tool berkenaan tidak kelihatan pada skrin anda, bolehlah klik pada menu Window dan pilih Align (Ctrl+K).

Anda boleh menjajarkan (align) ke tengah-tengah stage dengan memilih icon kedua Align. Pastikan icon To stage diaktifkan terlebih dahulu. Jika anda klik pada jarum jam berkenaan, namakan jarum_jam pada ruangan Properties seperti berikut.

Ulangi proses yang sama untuk menghasilkan jarum Minit dan Saat. Jarum minit tetapkan dengan saiz 10 pixel x 100 pixel dan jarum saat bersaiz 3 pixel x 115 pixel. Pastikan Properties untuk Movie clip masing-masing dinamakan jarum_minit dan jarum_saat masing-masing.

Jika kita lihat pada ruangan Library, pastinya senarai Movie clip kita akan kelihatan seperti berikut.

Manakala di atas Stage pula, jarum-jarum akan kelihatan bertindih dan akan kelihatan seperti berikut.


3. Memasukkan Skrip AS 3.0

Setelah selesai dengan rekabentuk latarbelakang dan jarum-jarum jam, kita akan memasukkan pula sedikit Actionscript 3.0 untuk membolehkan jam ini berfungsi. Di dalam ruangan Timeline, terdapat satu layer yang telah kita hasilkan sebelum ini iaitu Skrip.

Pada garisan pertama layer Skrip dalam Timeline berkenaan klik kanan-mouse dan pilih Actions. Sebuah Action-Frame akan dipaparkan untuk kita memasukkan kod yang diperlukan. Fungsinya ialah supaya skrip berkenaan akan dilaksanakan apabila frame berkenaan diaktifkan. Salin kod seperti berikut.

Penerangan ringkas skrip AS3.0 mengikut baris:
  1. BARIS 1: Memanggil fungsi bernama gerakJam.
  2. BARIS 2: -
  3. BARIS 3: Fungsi yang dinamakan gerakJam.
  4. BARIS 4: Membuka gelungan fungsi gerakJam.
  5. BARIS 5: Pembolehubah tarikh. Tarikh disamakan dengan tarikh semasa.
  6. BARIS 6: Pembolehubah jam untuk menyimpan waktu dalam bentuk jam.
  7. BARIS 7: Pembolehubah minit untuk menyimpan waktu dalam bentuk minit.
  8. BARIS 8: Pembolehubah saat untuk menyimpan waktu dalam bentuk saat.
  9. BARIS 9: Pembolehubah milisaat untuk menyimpan waktu dalam bentuk milisaat.
  10. BARIS 10: -
  11. BARIS 11: Memutar movieclip jarum_saat mengikut formula.
  12. BARIS 12: Memutar movieclip jarum_minit mengikut formula.
  13. BARIS 13: Memutar movieclip jarum_jam mengikut formula.
  14. BARIS 14: Menutup gelungan fungsi gerakJam.

Jarum-jarum jam, minit dan saat perlu membuat pusingan lengkap sebuah bulatan sebanyak 360 darjah. Oleh itu dalam formula saat, 1 saat diwakili oleh 6 darjah iaitu 360 dibahagi 60 (angka 60 digunakan kerana 1 minit bersamaan 60 saat).



4. Menguji Movie

Kita telah sampai ke peringkat terakhir iaitu menguji jam analog berkenaan. Klik pada menu Control dan pilih Test Movie (Ctrl+Enter). Hasilnya sudah pasti memuaskan hati anda, bukan? Mungkin sedikit sebanyak kelihatan seperti berikut.












Anda mungkin boleh mengubahsuai jam analog ini dengan menambah dan menukar pada grafik yang lebih cantik sama ada latarbelakang mahupun jarum jam itu sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Selamat berjaya!!!

Read More......

[Tutorial] Meminda Template - Header

Header - satu ruang yang paling atas sekali dalam sesebuah laman web. Biasanya header mengandungi imej atau logo. Setiap template Joomla kebanyakkannya diletakkan imej yang tidak sesuai dengan tema laman web dan ia perlu diganti dengan imej yang bersesuaian.

Cara-Cara Menukar Header



1. Login ke control panel
2. Klik Extensions > Template manager.
3. Klik template yang sedang digunakan (default)
4. Klik Edit CSS
5. Klik template.css, klik Edit

Fail css ini bermula dengan /* begin Page */. Scroll ke bawah hingga bertemu line;
/* begin Header */

div.art-Header-png
{
position: absolute;
z-index:-2;
top: 0;
left: 0;
width: 980px;
height: 150px;
background-image: url('../images/Header.png');
background-repeat: no-repeat;
background-position: left top;
}

div.art-Header-jpeg
{
position: absolute;
z-index:-1;
top: 0;
left: 0;
width: 980px;
height: 150px;
background-image: url('../images/Header.jpg');
background-repeat: no-repeat;
background-position: center center;
}
/* end Header */

Jadi, terdapat dua jenis imej yang digunakan untuk Header iaitu Header.png & Header.jpg yang terletak di dalam folder imej. Kedua2 imej bersaiz 980x150 pixel.

Menyemak Fail Imej
1. Dengan menggunakan Windows Explorer buka folder images
Lokasi: C:\xampp\htdocs\joomla\templates\eastorange\images
EastOrange adalah folder template yang digunakan (default)
Dari folder images, buka fail Header.jpg & png untuk semakan.

Buatkan 1 fail imej baru yang sesuai dan simpan dengan nama Header.jpg (980x150) dan fail Header.png bersaiz sama.

Upload dan gantikan kedua2 fail asal dengan fail imej yang anda buat sendiri.

Refresh dan Preview laman web. (guna CTRL+F5 untuk refresh laman web)

SELESAI

Read More......

[Tutorial] JOOMLA EXTENSIONS - Components

Components biasanya dilinkkan dengan Menu dan ia lebih kompleks dari plugin & modules. Kadang2 di dalam Components terkandung Module dan Plugin. Contoh components seperti Forum, Foto Gallery dsbnya.



Menggunakan Component Terpilih

Component yang dipilih ialah PhocaGallery (Galeri Foto)- [ Laman Web ]
1. Download PhocaGallery- [Download]

2. Simpan fail di Desktop.

3. Klik Extension > Install/Uninstall

4. Pilih fail phocagallery dan klik Upload & Install.

5. Setelah berjaya install, dalam skrin phocagallery klik butang Install.

6. Klik Category > New


7. Masukkan maklumat seperti rajah di bawah;

1) Title: Komputer
2) Klik Folder untuk membuat folder 'komputer'. Semua gambar komputer akan diletakkan di sini.

8. Buat satu folder

1) Taip komputer dan klik Create folder.

9. Dalam skrin phocagallery, klik Image

1) Masukkan Title dan pilih category
2) Klik Image



Klik folder komputer dan upload gambar2 komputer ke dalam folder komputer.

10. Klik gambar dan Save. Ulang proses untuk setiap gambar.

Menghubungkan Menu Galeri Foto Dengan PhocaGallery

1. Dalam Admin Control Panel, klik Menus > Menu Utama
2. Klik sub-menu Foto Galleri.





3. Akhir sekali klik Save.
4. Preview laman web dan cuba klik menu Foto Galeri.

Read More......

[Tutorial] JOOMLA EXTENSIONS - Modules

Modules biasanya diletakkan di posisi kanan, kiri, atas atau bawah laman web. Sebagai contoh modul jam diletakkan di sebelah kanan laman web.



1. Download module jam- [Download]
2. Simpan di Desktop.
3. Login ke Control Panel.
4. Extension > Install & Uninstall
5. Klik Browse dan cari fail jam
6. Klik Upload & Install

Mengaktifkan Module Jam

1. Klik Extension > Module Manager
2. Klik World Time Clock
3. Buat beberapa setting.

1) Tukar tajuk yang sesuai
2) Enable: Yes
3) Position: Right



4) Tukar warna jika perlu
5) Pilih Regional
6) Save atau Reply

4. Simpan dan preview.

Read More......

[Tutorial] JOOMLA EXTENSIONS

Apa itu Joomla Extension?

Untuk lebih jelas lagi apa itu Extensions, buka laman web rasmi Joomla.
http://extensions.joomla.org/


Simbol 'C' menunjukkan Components.
Simbol 'M' menunjukkan Modules.
Simbol 'P' menunjukkan Plugin/Mambots.
Simbol 'L' menunjukkan Language.

Jadi, extensions dalam Joomla terbahagi kepada 4 iaitu;
1. Components
2. Modules
3. Plugins/Mambots
4. Languages

Dengan extensions ini anda boleh menambah beberapa tambahan yang diperlukan dan sesuai dengan laman web supaya laman web lebih menarik, informatif dan profesional.

Menggunakan Extensions Terpilih: PLUGIN
Plugin biasanya digunakan untuk menambah sesuatu elemen seperti video, foto dsb terus ke dalam artikel. Contohnya plugin AllVideo. Dengan AllVideo anda boleh menambah klip video YouTube terus ke dalam artikel.

1. Buka laman web http://www.joomlaworks.gr/
2. Download AllVideo plugin: Download
3. Simpan fail download di Desktop.

Memasang Plugin

1. Login ke Control Panel.
2. Klik Extensions > Install/Uninstall
3. Klik Browse & cari fail plugin.
4. Klik Upload & Install.
5. Klik AllVideo Documentation untuk melihat cara menggunakan plugin ini.


Mengaktifkan Plugin.

1. Klik Extensions > Plugin Manager
2. Klik AllVideo > Enable > Save.




Menambah AllVideo Plugin ke Dalam Artikel Komputer

Katalah anda ingin menambah klik video IBM Blue Gene, World's Fastest Supercomputer;
.http://www.youtube.com/watch?v=qm_CN1-c1r4

1. Copy klip ID qm_CN1-c1r4
2. Edit artikel Pengenalan Komputer (menu Content > Article Manager)
3. Klik Pengenalan Komputer untuk edit.
4. Tambah tag {youtube}ID{/youtube} iaitu {youtube}qm_CN1-c1r4{/youtube}


5. Simpan dan preview.

Read More......

[Tutorial] MENAMBAH ISI KANDUNGAN (Teks, Gambar dll)

Menambah isi kandungan berkenaan dengan komputer yang dilinkkan dengan menu Komputer. Anda perlu membuat satu lagi Section dan Category UMUM dan link ke menu Komputer. Login ke Control Panel.


1. Klik Content > Section Manager
2. New > Title: taip Umum
3. Save

1. Klik Content > Category Manager
2. New > Title: taip Umum
3. Pilih Section: Umum
4. Save.

Membuat Artikel
1. Klik Content > Article Manager.
2. Pilih Section: Umum & Category: Umum
3. Klik New


4. Simpan artikel: Klik Save


Link menu Komputer ke artikel Pengenalan Komputer

1. Dalam Control Panel, klik Menu > Menu Utama
2. Klik Komputer > Parameters (Basic) > Section > Umum
3. Save dan preview laman web.

Menambah Imej/Gambar Ke Dalam Artikel

Untuk menambah imej ke dalam artikel, anda perlu upload gambar2 komputer yang berkaitan ke dalam satu folder imej.

1. Dalam Control Panel klik Global Configuration > System
2. Media Setting: Path to Image Folder: images/stories
3. Tukar ke images sahaja
4. Jadi, Media Setting: Path to Image Folder: images
5. Save dan Refresh.

Membuat Folder dan Upload Gambar
1. Dalam Control Panel, klik Media Manager atau Site > Media Manager
2. Buat satu folder komputer & klik Create folder.
3. Kemudian klik folder komputer dan Start Upload fail2 komputer ke dalam folder komputer.

Memasukkan Imej/Gambar Komputer ke Dalam Artikel.

1. Dalam Control Panel, Klik Content > Article Manager dan klik Pengenalan Komputer.

2. Browse ke bawah sekali dan klik butang Image.
3. Klik folder komputer dan pilih gambar.
4. Klik butang Insert (sebelah atas)
5. Susun kedudukan imej/gambar mengikut kesesuaian.
6. Klik Save dan Preview.

Read More......

[Tutorial] MEMBUAT SUB-MENU

1. Seperti biasa login ke admin panel

2.














Read More......

[Tutorial] MEMBUAT MENU UTAMA (MAIN MENU)


Anda perlu tukar menu asal ke menu anda sendiri sesuai dengan isi kandungan laman web. Sebagai contoh menu utama;

Menu Utama
> Laman Utama
> Komputer
- Perkakasan (sub-menu Komputer)
- Sistem Operasi
- Perisian
- Sekuriti
> Laman Web
- Asas HTML (sub-menu Laman Web)
- Asas PHP
> Multimedia
- Grafik (sub-menu Multimedia)
- Audio
- Video
> Galeri
- Foto (sub-menu Galeri)
- Video

Cara-Cara Membuat Menu:
1. Login ke admin control panel

2. Klik Menu Manager


3. Klik menu item menu utama



4. Klik Home



5. Tukar Title menjadi Laman Utama



6. Untuk buang semua menu sediada kecuali Laman Utama
Pilih semua menu kecuali Laman Utama dan klik Trash



7. Membuat Sections. Klik Content > Section Manager



8. Klik New.



9. Masukkan Title yang sesuai dengan menu (Komputer). Kemudian Save
Ulang proses ini untuk Laman Web, Multimedia & Galeri.


10. Empat section telah anda buat.


11. Membuat menu dan link ke section.
Klik Menu > Menu Utama/Main Menu
Klik New



12. Klik Article > Section Blog Layout



13. Masukkan maklumat seperti berikt;
Title: Komputer
Section: Komputer
Lain2 set default
Klik Save

Ulang proses no 12 & 13 untuk membat menu Laman Web, Multimedia & Galeri


14. Contoh menu yang dihasilkan.

Read More......